10 ulasan Sabtu, November 13, 2010

Mulan suka pizza. Aku tak suka langsung.

Dalam setahun cuma dua kali aku akan makan pizza. Satu, bila bos belanja makan (selalunya sebelum bulan puasa). Kedua, bila dulu Pizza Hut buat promosi ada sausage pada bahagian tepi pizza tu, itupun sebab aku suka sausage.

Harini Mulan mintak beli Pizza Cheezy Cheese yang baru. Mahu tak mahu aku pergilah beli jugak.

Mulan: 'Banyaknya abang beli?'
Aku: 'Awak punya pizza je!'
Mulan: 'Habis yang lain-lain tu?'
Aku: 'Spaghetti bolognese, chicken wing, mushroom soup dengan garlic bread ni abang yang punya...'

Hehe...




RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.