5 ulasan Jumaat, Disember 28, 2007

baru-baru ini kami pulang ke kampung Mulan di Sabah menyambut hari raya haji dan meraikan perkahwinan abang sepupunya. dalam kapalterbang kami berbual-bual perihal jambatan gantung yang popular di sana.



"hari tu Kak Ina ada cerita, bapak dia dulu salah-seorang engineer yang buat jambatan Tamparuli tu"



"ye ke?" janggut sejemput aku terasa gatal-gatal.



"dia kata, projek manager jambatan tu mat saleh."



"ye ke?" jari-jemari aku mula menggaru-garu dagu.



"bila jambatan siap, orang-orang kampung tanya dia. nak namakan jambatan tu apa? mat saleh tu jawab, jambatan tu sementara - 'temporary', 'it's temporary'. orang-orang kampung pun namakanlah jambatan Tamparuli"



"hek eleyyyyy." sehelai-dua janggut mula berguguran.



"ntahlah. dia yang cerita. i ceritakan balik je."





info Tamparuli: wikipedia . berita . pelancongan . lirik

4 ulasan Khamis, Disember 27, 2007

Azam tahun dua kosong kosong tujuh aku hampir tercapai. Ada empat hari lagi untuk ke tahun dua kosong kosong lapan.


Pada tahun dua kosong kosong enam, tahun pertama ‘angkat’ jintu, aku kena empat saman. Satu saman langgar lampu merah, tiga lagi melebihi had laju. Mulan, awek yang aku ngorat sepuluh tahun lalu di Benteng tepi Dataran Merdeka bising-bising. Aku pujuk dia. Aku janji pada tahun dua kosong-kosong tujuh untuk tidak kena saman.


Aku (hampir) berjaya. Ada empat hari lagi untuk ke tahun dua kosong kosong lapan.


Azam tahun dua kosong kosong lapan, aku kata pada Mulan, aku tak mahu pandu laju-laju pula. Mulan suruh tambah dua lagi - kurangkan ‘hand-sign’ dan marah-marah pada kereta lain semasa memandu.


Aku kata aku (boleh) cuba, kalau mereka masuk ke lorong di hadapan kereta aku, dengan lampu signal dipasang.

6 ulasan Rabu, Disember 05, 2007




Aku: "Cerita kung fu semalam yang nicholes tze berlakon tu tak bestlah. storyline dia tipikal kungfu dulu-dulu. anak nak belajar kungfu, bapak tak nak ajar lepas tu anak perasan bagus pergi lawan kungfu master. bila kalah, bapak datang tolong. bila bapak mati kena belasah, anak menyesal, pergi belajar dengan tok guru lain lepas tu kalahkan kungfu master. "



Mulan: "Cerita apa bang?"



Aku: "Cerita kungfu."



Mulan: "Cerita apa?"



Aku: "Cerita kungfu."



Mulan: "Cerita apa?"



diam



Mulan: "Cerita apa?"



diam



Mulan: "Ah! Abang ni tak boleh berlakon iklan petronas lah"



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.