11 ulasan Rabu, Disember 31, 2008

Sempena tahun baru hijrah, aku mahu berhijrah dari memandu laju-laju kepada memandu kelajuan sederhana dan berusaha untuk tidak menggunakan 'isyarat tangan' dalam kereta.

4 ulasan Jumaat, Disember 19, 2008

Masa-masa begini jika aku ada banyak duit, aku patut beli British Pound dan US dollar. Nilai matawang mereka jatuh pada masa ini dan tentunya akan naik semula bila ekonomi kembali pulih.


Tapi, masa-masa begini jugalah aku kena jimat-jimat duit.

11 ulasan Ahad, November 23, 2008

Parah memandu di kotaraya kebelakangan ini. Aku terpaksa bawa jintu menari. Kejap-kejap ke kiri. Kejap-kejap ke kanan. Kadangkala kami bergelek sakan. Mengelak sekecil-kecil lubang hinggalah ke garis dalam yang melintas selebar jalan.


Aku rasa aku terpaksa bertahan untuk jangkamasa 4 tahun lagi. Kalau bernasib baik, mungkin tayar aku tak pecah SEKALI LAGI. Mungkin juga nanti aku dapat jalan yang di tar sebanyak 2 layer. Satu lapisan dari parti cap X, satu lagi dari parti cap Y.


Oh ya. Jangan lupa letak papan tanda. Nanti aku tak tahu projek siapa.

16 ulasan Sabtu, November 08, 2008

manis gula-gula cinta

makin berkurang

seusai masa

jika kau isap, kulum, hirup

rakus-rakusan

15 ulasan Ahad, November 02, 2008

Ada seorang pelanggan syarikat kata, aku patut masuk politik.



Aku beliakkan mata. Aku geleng kepala.



Seperti skrip yang biasa didengar dalam drama-drama 'Spektra' dan 'Cerekerama', kau boleh jangka dia bertanya, 'Kenapa?'



Aku geleng kepala lagi. Merenung kosong ke depan.



Masa yang aku ada sudah penuh. Tak ada ruang lagi untuk penduduk dalam DUN dan Parlimen atau fasal pencalonan cawangan dan bahagian atau untuk jemputan majlis dan perasmian apatah lagi untuk agenda-agenda pucuk pimpinan.



Hal-hal 'domestik' pun sudah memadatkan masa yang ada.

"Bang! Bila abang nak bersihkan bilik air?"
"Bang! Tolong belikan garam . Dah habis!"

"Baaaaaaaaaaaang...........!"

13 ulasan Jumaat, Oktober 24, 2008

Akan tiba satu hari
Minyak kontang
Arang batu hilang bekas
Tiada apa untuk di korek, di sedut, di robek
Dari perut bumi


Bila hari itu tiba
Kereta kebal, jet pejuang, kapal perang, roket
Tersadai kaku

Mungkinkah kemudian manusia akan henti berperang?

16 ulasan Selasa, Oktober 07, 2008

Lagi-lagi lebuhraya sesak. Alasan yang dimomokkan, pengguna jalan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan dan tidak merancang perjalanan dengan betul.


Aku tak nampak jadual perjalanan dicetak dalam surat khabar yang aku baca, menjelang hari raya juga selepas hari raya. (Kawan aku cakap ada dicetak sebelum raya). Kalau ia dicetak besar dan dipaparkan hari-hari bermula dua hari sebelum hari raya selama seminggu, sedikit sebanyak mungkin orang ramai akan perasan. Kalau ada 'flyers' diberikan semasa kereta keluar dari Kuala Lumpur, juga dapat membantu. Maklumlah manusia memang perlu diingatkan selalu.


Mungkin aku tersalah beli surat khabar. Mungkin juga ia dicetak pada hari yang aku tak beli sebarang surat khabar. Atau mungkin ia dicetak cuma aku buat endah tak endah kerana tak jadi balik kampung.


Nasib baik aku tak balik. Antara ratusan ribu kenderaan dari selatan itu mungkin ada Jintu aku.


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami berdua :)

24 ulasan Isnin, September 08, 2008

Seperti tahun lepas, dah dua kali aku berbuka puasa dalam kereta.

13 ulasan Ahad, Ogos 31, 2008


terima kasih tun mahathir
aku hasil aspirasi mu dua puluh dua tahun
aku melayu
aku tidak lupa
merdeka!



selamat menyambut hari merdeka
selamat berpuasa buat semua.

31 ulasan Khamis, Ogos 14, 2008

Ada yang tanya, kenapa 8083?


Menurut kepercayaan orang Cina, sesetengah nombor membawa tuah. Mereka percaya nombor 8 dan 3 bermaksud hidup dilimpahi kekayaan. Tetapi nombor 8 pada bangsa India pula, lambang kematian. Dalam sains, jadual konfigurasi atom ke 8 ialah oksigen, unsur penting dalam kehidupan. Konfigurasi atom ke 3 pula lithium. Unsur logam paling ringan, sangat aktif terhadap air dan udara. Gabungan keduanya membawa kepada kepercayaan kehidupan yang aktif.


Menyakini sesuatu angka membawa tuah dan nasib yang baik menurut ajaran Islam, satu kepercayaan salah dan bertentangan dengan aqidah dalam syariah serta akhlak Islam. Daripada Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak. (Riwayat Muslim)". Kepercayaan Melayu pula? Seperti bangsa-bangsa lain di planet yang terletak kira-kira 150 juta km dari matahari ini, orang Melayu juga dimomokkan pelbagai kepercayaan orang dulu-dulu.


Seingat aku, dad mula pakai plat 8083 untuk kereta proton saga versi pertama (proton kotak) sekitar tahun 80an. Ketika disuruh pegawai JPJ untuk memilih antara dua nombor yang dipaparkan di komputer, lekas-lekas dia memilih 8083. Kebetulan pula ia hampir sama dengan nombor kad pengenalan mom. Sejak itu, semua keretanya kekal bernombor 8083.


Kami sekadar menumpang nombor sama kerana seronok melihat nombor plat kereta kami sedodon. Itu saja.


nota: entri ini mengandungi ciri-ciri sains, islamik, tahyul dan pop. wow.

18 ulasan Selasa, Ogos 12, 2008

Sejak harga minyak naik lagi dan lagi dan lagi, orang ramai berlumba-lumba beli kereta bersaiz kecil atau nama lainnya kereta kompak. Konon mahu jimat petrol. Kerana tidak mahu dicop ketinggalan zaman atau kolot, aku turutkan trend semasa muda-mudi ini.


Dalam beberapa hari lagi Jintu akan dapat adik kecil, Jet3. Warna juga hitam dan bernombor 8083 seperti abangnya. Kereta kompak muda-mudi untuk Mulan ke pejabat dan untuk balik kampung bila dia merajuk dengan aku.

23 ulasan Rabu, Ogos 06, 2008

Petang Jumaat lalu, Sol-jah sepakat mahu mengemas rumah PENA untuk MASKARA. Aku dan Jigo antara yang tiba awal. Kami lepak dalam kereta Jigo untuk mengelak aedes aegypti yang biasanya rakus petang-petang senja begitu.


Aku : "Dude, kereta kau ni dah berapa tahun?"


Jigo: "Dah 4 tahun."


Aku: "Loan?"


Jigo: "7 tahun."


Aku: "2 tahun lagi habis lah kan? Jangan jual. Simpan jadi harta pusaka."


Jigo: "Memanglah. Ini kereta kesayangan aku. Kancil ni keluar sehari sebelum nikah. Jadi roadtax selisih 1 hari dengan anniversary aku. Banyak sentimental value!"


Aku membelek-belek cockpit kancil: "Apasal mileage indicator kau ni, angka-angka nampak separuh je dude? Macammana nak tahu dah berapa kilometer kau jalan?"


Jigo mengetuk-ngetuk mileage indicator: "Indicator aku ni display penuh bila ada matahari je. Kalau gelap-gelap, display keluar separuh! Kau tahu kenapa tak?"


Aku: "Bila ada matahari? Gelap tak keluar? Hebat. Kancil kau pakai kuasa solar!"


Jigo: "Lahanat lu! Keluar! Keluar!"

14 ulasan Selasa, Ogos 05, 2008

Pada tahun 1977, saintis US telah mencipta sejenis gold disk mengandungi maklumat penduduk bumi dan koordinat bumi di galaksi bimasakti ini ke dalam kapal angkasa Voyager. Kononnya untuk berhubung dengan kehidupan lain di luar bumi.


Jika hari ini, atau esok, atau lusa, atau tulat, atau ketika aku sedang asyik mencangkung di dalam bilik air, tiba-tiba aliens datang berduyun-duyun menyerang bumi, kita berhak menunjukkan jari telunjuk atau mungkin jari tengah kepada mereka-mereka ini. Mereka mendedahkan kedudukan kita.



Aku syak mereka kini sibuk meneroka Marikh sebagai satu 'escape plan' sekiranya bumi diserang gara-gara gold disk mereka itu. Kita nak lari mana?

16 ulasan Ahad, Ogos 03, 2008

Tahun itu minyak naik lagi. Kami jarang berbalas SMS kecuali sekali pada waktu pagi, tengahari dan petang. Berjimat kononnya.

Aku dan Mulan berhubungan melalui email pada satu hari yang mendung.


Aku: "Sabtu minggu ni, kita pergi kenduri Uncle Husin tau. Dia dah pesan dari 2 bulan lepas."



Mulan: "Kata nak balik kampung? Tiba-tiba Meet Uncle Husin pulak?"



Aku: "Lepas Meet Uncle Husin dan makan kenduri, tengahari kita Meet Mama Zakiah pulak!"



Mulan: "Heeeeeeeeeeeeeee! Ejek mak orang!"



Aku: "Eleh, awak ejek uncle orang dulu. Minggu depan kita Meet Daddy Zaharin pulak ya?"



Mulan: "Heeeeeeeeeeeeeee! Ejek bapak sendiri!"

15 ulasan Rabu, Julai 30, 2008

Semalam di Stadium Shah Alam, aku nampak terlalu ramai Ballack, Terry dan Lampard. Mereka semua memakai baju biru, berkulit kuning langsat dan duduk di bangku penonton.

24 ulasan Jumaat, Julai 25, 2008

Aku berpendapat, aku bukanlah seorang jiran yang baik. Dan jiran-jiran aku pun bukanlah jiran yang baik juga.


Mana kan tidak, hampir 3 tahun aku tinggal di apartment tersebut, aku hanya tahu nama jiran di sebelah rumah saja - Bala dan Poly serta anak-anak mereka, Adrian dan Adam yang sering menggegar pintu gril rumah memanggil 'Uncle Zam!'. Untuk rekod, nama aku bukan Zam. Mungkin di awal pertemuan dulu mereka tersalah dengar nama aku.


Di aras sama, terdapat 6 buah rumah yang lain. Seorang dari mereka aku gelar 'Brader Speky', seorang aku panggil 'Uncle' dan seorang lagi 'Peeping Tom' lantaran dia selalu ada di tingkap dapur membasuh entah apa, hampir setiap kali waktu kami pulang dari kerja. Rumah yang lain jarang-jarang berpenghuni (istana hinggap mungkin).


Setiap pagi apabila melangkah keluar untuk ke kereta, kebiasaannya aku dan Mulan akan bertembung dengan 'brader Dutch Lady', 'Auntie Aerobik', 'Sister Jaguar', 'Amoi Jog' dan 'Gay Metropolitan'. Tak lupa 'Ane Car Wash' dan wanita-wanita indonesia yang dikerah membasuh kereta majikan mereka jam 6 pagi - setiap hari! Di sebelah petang pula, kami bertembung dengan 'Brader MAS', 'Kakak KLH', 'Uncle Kedai' dan 'Pinky' - supervisor 'jaga' di sini.


Walaupun tidak saling mengenali, lantaran sering bertemu setiap hari kami saling melemparkan senyuman sambil mengangkat tangan berkata 'Hi!' atau 'Morning!'.


Perkataan yang sering kami ulang-ulangkan selama tiga tahun ini.

18 ulasan Isnin, Julai 21, 2008

Dalam kesesakkan lalu-lintas, Mulan membuka bicara menghilangkan kebosanan.


"Banggggg (nada manja). Agak-agak kalau I hilang, abang cari tak?"


"Awak hilang pergi mana?"


"Hilang pergi menyorok. Merajuk ke."


"Ohhhh menyorok. Merajuk."


"Abang cari tak?"


"Cari...."


"Macam tak ikhlas je jawapan. Abang cari apa?"


"Cari lain lah!"


*dusyum*

17 ulasan Selasa, Julai 15, 2008

Engkau sudah lah bertampal 'P',
Bawak kereta laju gila babi,
Kalau betul kau nak mati,
Pergilah mati sendiri-sendiri,
Jangan bawak orang lain sekali.


ps: pantun lima kerat ini direka atas rasa tidak puas hati aku pada sebuah kereta volvo yang dibawa oleh seorang anak muda secara berbahaya dengan mencilok kiri dan kanan macam dia seorang saja yang nak masuk kerja pagi semalam. aku pun nak pergi kerja jugak!

12 ulasan Isnin, Julai 14, 2008

Kebiasaannya, aku akan "shhhhh" pada orang yang suka bercakap dalam panggung wayang.


Jika suara dia masih belum lenyap dari kuping telinga, aku akan jerit, "Oi diamlah! Nak borak pergi luar!".


Jari-jemari Mulan akan memberikan gigitan mesra pada bahu aku selepas itu.

7 ulasan Sabtu, Julai 12, 2008

kita sempurna, seadanya.

480 ulasan Rabu, Julai 09, 2008

Orang dah beri peluang, buatlah kerja betul-betul. Sudah-sudahlah dengan ceramah, berkumpul, ceramah, berkumpul. Pok sana. Pek sini. Nanti lu pun kena "hand sign" baru padan sama muka lu.

10 ulasan Isnin, Julai 07, 2008

"Owh! Terbeliak mata awak tengok awek baju pink ya!"


"Ish! Awak ni. Ada ke situ pulak. Kan dia lalu depan abang, bukannya abang yang tengok dia."


"Alasan!" *dusyum*


Rentetan kisah awek baju pink ini bermula pada tahun lepas. Ketika itu aku, Mulan dan rakan-rakan Geng Jurnal yang lain makan malam nasi pakapau di sekitar UM. Nak dijadikan cerita, aku ternampak salah seorang pelayan gerai yang berbaju pink sedang terbongkok-bongkok di tepi longkang, aku mengangkat kepala cuba mengamati perbuatannya. Sebetulnya aku curiga dengan perlakuan ditepi longkang itu. Aku dicubit Mulan. "Kenapa awak intai-intai awek baju pink tu? Berminat ke?". Aku memaling kepala memandang ke depan pula. Malangnya serentak dengan itu dua pelajar UM berbaju pink pula lalu di jalan tersebut. "Tengok tu! Pantang nampak awek baju pink, semuanya nak ditengok!" usikan Mulan disambut gelak tawa kawan-kawan semeja.


Sejak itu, aku selalu ditegur Mulan jika sengaja terpandang awek berbaju pink. Kadangkala aku keliru samada ia usikan, teguran atau amaran. Mungkin kombinasi ketiga-tiganya.


Jadi kepada semua awek-awek berbaju pink di Malaya. Maaf jika aku berpaling muka di hadapan kalian. Bukan salah kamu. Bukan kamu tidak cantik. Bukan juga kamu tidak comel. Semuanya salah baju pink yang kalian pakai saja.

13 ulasan Selasa, Julai 01, 2008

Aku perhatikan orang perempuan tak habis-habis bertukar kasut. Hampir saban bulan, termasuklah isteri aku - Mulan. Aku tak salahkan mereka. Kasut yang sama dipakai hari-hari memang mudah rosak.


Petang tadi Mulan mengajak ke Sunway Pyramid, nak beli kasut baru katanya.


"Kasut lagi? Bukan hari tu baru beli ke?" aku membebel.


"Ya. Tapi dah rosak."


"Awak pakai sepasang kasut biasanya tahan berapa lama?"


"Hmm dalam 3 bulan."


"Kalau sepasang kasut, awak pakai hari-hari boleh tahan 3 bulan, apa kata awak beli 5 pasang? Setiap hari awak pergi kerja, pakai kasut yang berlainan. Mesti boleh tahan 15 bulan!"


"Wah! Terelnya awak mengira ya? Sejak bila pandai matematik ni?" Mulan mencebik.


"Ceh! Ke situ pulak dia!"


"Tapikan, boleh aja. Kalau awak yang bayar 5 pasang tu!"


Huh. Padan muka aku.

12 ulasan Selasa, Jun 24, 2008

Pulang dari kerja, seperti lazimnya aku akan buka laptop dan mula menyambung kerja pejabat yang belum selesai.


"Bang!" suara Mulan memecah kesunyian petang.


"Hmmm," aku menjawab tanpa mengangkat muka.


"Sejak bila abang madukan saya?"


Aku tergamam memandang wajah awek yang aku ngorat sepuluh tahun lalu di Benteng tepi Dataran Merdeka. Dahi sedikit berkerut.


"Janganlah buat muka terkejut pulak. Sejak bila awak madukan saya dengan komputer awak tu?" keningnya terangkat-angkat.


"Oh!" Aku menangkap lewat sindirannya.


"Nasib baik abang madukan awak dengan komputer. Cuba awak bayangkan kalau abang madukan awak dengan Maya Karin?" aku tersengih-sengih.


"Oh ada hati!"


*dusyum*

6 ulasan Selasa, Jun 17, 2008

Bila dipikir-pikirkan, ayam lebih beruntung. Kais pagi dapat makan pagi, kais petang dapat makan petang. Kita kais hari-hari dari pukul 8:30 pagi sampai 5:30 petang, Isnin sampai Jumaat terpaksa tunggu 'makan' di hujung bulan.

8 ulasan Ahad, Jun 01, 2008

pipiyapong sudah tag geng lain dalam soljah. aku jawab tag dia dulu kali ni.


7 Raw Facts About Me:
-Rempit pakai Jintu. Rekod KL-Alor Star 3 jam. (sekarang insap)
-Selalu hon balik pada kereta yang hon aku (alasan: dia hon tanya khabar, aku jawablah balik 'khabar baik')
-Suka tekan hon kereta walaupun jadi co-pilot
-Minat pada programming tapi buat bila masa rajin
-Selalu gaduh dengan lipas & nyamuk
-Hujung minggu suka masak macaroni goreng
-Tak kira hari kerja, cuti atau hujung minggu mesti terjaga pukul 5:50 pagi tanpa alarm


7 Things That Scare Me :
-Sifir
-Campur
-Tolak
-Bahagi
-Nombor
-Kumbang
-Pegawai Imigresen kat airport negara orang. Aku takut betul masa dorang tanya buat apa aku datang negara dorang. Macam aku ada buat salah


7 Current Songs :
-Green Day - Wake Me Up When September Ends
-Daniel Powter - Bad Day
-The Wallflowers - One Headlight
-Gin Blossoms - Till I hear It From You
-Mono - Life In Mono
-Everclear - Everything to Everyone
-Oasis - Don't Look Back In Anger


7 Things I Say Frequently
:
-Alabayu
-Kambing
-Cipan
-Otey
-Jom
-Maderf
-What the


7 Most Valuable and Sentimental Things of Me :
-Koleksi jam Guess dari zaman bercinta, tunang, kahwin, anniversary
-Spender brand OP (dah tak ada jual kat Malaysia woooo)
-Cincin kahwin dari Mekah
-Simpan namecard dari kerja pertama (1994) sampai sekarang
-Memori dating, makan burger ramli kerat dua dengan Mulan
-Koleksi lagu english alternative 1997-98
-Buku Anak Bentayan & Pembalasan Anak Bentayan oleh Hamdan Raja Abdullah


7 First Time In My Life
:tag paling tak logik. semua benda yg kita pernah buat pun mesti ada kali pertama, tapi aku jawab jugak.
-Main Doom network 5 orang, dari 6 petang sampai 6 pagi. balik rumah aku muntah
-Tidur belakang server sebab nak siapkan projek sistem tv3
-Nyanyi kat majlis kahwin sepupu Mulan
-Berpeluh pertama kali pegang stering di kelas memandu
-TV interview kat kedai mamak mintak pandangan harga tepung naik, tapi tak keluar TV pun
-Tengok orang melintas highway kena langgar di lane laju kat highway putrajaya-kl
-Keluar KL sorang-sorang naik bas mini pakai singlet, seluar hijau sekolah dengan selipar jepun

ok aku tag kalian yang baca entri ini
ha ha ha

12 ulasan Sabtu, Mei 24, 2008

Beberapa minggu lalu, tiga belas orang geng jurnal buat aktiviti 'party-party' di William - gerai haram tepi jalan di Kelana Jaya. Antara minuman yang popular di gerai tersebut ialah ribena longan gelas bagak.


"Eh! Aku tak boleh minum ribena. Elergik!" aku menggaru-garu tekak.


"Ribena kan blackcurrent, bukannya anggur." Mulan, awek yang aku ngorat sepuluh tahun lalu di Benteng tepi Dataran Merdeka mencebik membetulkan fakta.


"Kau elergik anggur ke OP?" tanya Cik Daun. Dahinya berkerut.


"Ha'ah. Kalau aku makan anggur, kerongkong aku sakit, tekak gagal-gatal. Makan minggu jugak baru baik."


"Pertama kali aku dengar orang elergik dengan anggur."


"Ada hikmahnya aku elergik anggur ni. Jadi aku tak bolehlah nak minum wine"


"Macamlah kalau kau tak elergik dengan anggur, kau boleh minum wine tu kan?" cebik Cik Daun. Beberapa lagi teman yang mengelilingi meja makan di gerai haram tepi jalan itu ikut mencebik.

10 ulasan Sabtu, Mei 17, 2008

Baru-baru ini anak-anak buah Mulan, Ayu dan Itin dari Johor bertandang ke rumah. Lazimnya mereka akan menaiki Jintu kami jika keluar berjalan ke mana-mana di KL manakala mak dan ayah mereka di kereta yang satu lagi.

Telinga aku menangkap bual bicara mereka dua beradik di tempat duduk belakang. Mata mengintai mereka melalui cermin pandang belakang.


"Adik, adik tau tak nama betul Pak Long? Akak tau!", Ayu berkata kepada Itin sejurus menaiki Jintu.


"Owh ye ke? Ayu tau ke? Kalau tau cuba beritahu adik," aku menyampuk perbualan mereka.


Ayu mendekatkan muka pada telinga Itin.


(Nama Pak Long HENSEM). Ayu berbisik kuat.


"Hihihihi" Itin tergelak kecil. Macam si kecil berumur 4 tahun ini tahu maksud perkataan handsome.


"Ha adik! Dah tau dah Pak Long?" Aku mengangkat kening.


"HENSEM!" Itin menjawab pantas.


"Antara Ayah dengan Pak Long siapa lagi hensem?" Aku mahu menduga si kecil.


"Pak Long!"
Derai tawa kami memenuhi Jintu.

0 ulasan Jumaat, Mei 16, 2008

Jam 3 petang tadi, ramai yang berpusu-pusu keluar dari pejabat (dengan alasan) bermesyuarat di kedai-kedai mamak yang ada TV besar. Mesyuarat dibincangkan dengan hangat disusuli suara-suara lantang "Yah! Oh! Yea! Agh!". Kedengaran juga hentakan-hentakan kecil di atas meja. Bisnes yang dibincangkan ialah Separuh Akhir Piala Thomas.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6:30 petang selepas Hafiz tewas kepada Chen Jin.

4 ulasan Khamis, April 10, 2008

Aku hampir bawa laju-laju tapi lampu trafik berhentikan kereta aku ketika aku hampir ternampak kawan sekolah yang lama tak bersua, sekarang ini hampir jadi pemimpin belia islam di Malaysia.


Aku pula hampir jadi pembunuh.
Aku hampir jadi pembunuh untuk satu hari.


Hampir lima belas tahun dulu dia nak jadi penasihat undang-undang, sudah mencapai cita malah kini banyak wang. Aku hampir diketawakan nak jadi angkasawan, hanya mampu melihat brader Sheikh menggapai awan.


Aku pula hampir jadi pembunuh.
Aku hampir jadi pembunuh untuk satu hari.


Aku hampir lambat ke mesyuarat, bawa kereta laju-laju bila kereta depan hampir brek mengejut. Hampir separuh ayat keluar dari mulut aku carut-carut, aku hampir hilang sabar lekas-lekas belok ke kanan dan hampir ujudkan satu pembunuhan.


Aku hampir jadi pembunuh untuk satu hari.
Aku hampir jadi pembunuh kucing.
Melintas jalan tak tengok kiri, tak tengok kanan, tak tengok kiri kembali.

7 ulasan Rabu, April 09, 2008

Arakian dinyatakan dalam dongeng orang-orang dulu, terdapat sebuah Negeri Katak yang terletak di hujung dunia. Adapun menurut undang-undang Negeri Katak, barangsiapa yang melontar suara paling kuat, melaung paling merdu dan menari paling hebat, layak dijadikan Raja Katak.



Suatu hari, seekor Raja Katak yang baru telah dinaikkan ke takhta. Suara dia paling kuat melontar. Suara dia melaung paling merdu. Tari dia paling asyik.



Hari itu, hari pertama Raja Katak berucap, kata "Ong!"

Ketua-ketua kampung Katak sahut kata "Ong!"

Rakyat-rakyat Katak turut bicara "Ong!"



Sebulan, Ong!.

Enam bulan, Ong!.

Setahun, Ong!.

Lama-kelamaan, rakyat negeri katak jadi bosan kerana dok diulang-ulang lagu yang sama. Lalu mereka sepakat berjumpa Raja Katak.



"Tahun ini kita nyanyi lagu Kalis Rindu boleh?"



Raja Katak jawab, "Ong!"

4 ulasan Sabtu, April 05, 2008

Aku periksa saman secara online. Biji mata aku hampir terkeluar dari soket memandang skrin komputer. Ada satu saman pada dua puluh haribulan tiga. Kesalahan memandu melebihi had laju di lebuhraya berhampiran Kinta, Perak.


Azam dua kosong-kosong lapan aku terbang bersama tiga ratus ringgit. Awek yang aku ngorat sepuluh tahun lalu di Benteng tepi Dataran Merdeka mula bising-bising.

8 ulasan Khamis, Mac 27, 2008

“Ish! Spender abang ni menjerut-jerutlah. Rasa berbekas getah kat pinggang.” Aku menyeluk ke dalam seluar menggaru-garu. Jari merasa kulit pada pinggang berbelak-belak.


“Itu tandanya apa?” Mulan berkias.


“Itu tandanya spender ni kecil.” Aku jawab bersahaja. Mata pada jalanraya.


“Bukan sebab pinggang abang tu makin besar ke?”


Walaupun mata memandang ke jalanraya, aku dapat rasakan cebikan Mulan pada bentuk badanku yang semakin ‘menarik’.


“Esok kita pergi beli spender baru ya!” Aku menyambung bicara yang belum sudah.

95 ulasan Khamis, Mac 13, 2008

"Harga Naik Tak Halang Rakyat Terus Tuang Petrol" - Kosmo 13 Mac 2008.


tajuk berita muka surat tiga di Kosmo hari ini buat aku rasa mual. kononnya walaupun harga minyak tinggi, permintaan di pasaran masih sama. kononnya lagi rakyat sudah terbiasa dengan harga yang tinggi.


hallo tuan! kalau harga petrol naik sepuluh kali ganda pun, rakyat TERPAKSA tuang petrol. lainlah kalau kereta kami boleh bergerak dengan tuang air sahaja.


tak faham-faham hand sign yang rakyat kasi baru-baru ini? nak hand sign yang sama empat tahun lagi ke?

0 ulasan Jumaat, Mac 07, 2008

"bang kontraktor! takkan dapat bajet untuk turap jalan je? bajet untuk buat garisan putih tengah jalan tak dapat lagi ke?"

0 ulasan Isnin, Mac 03, 2008

Masa kecil dulu bila mak suruh aku ke kedai, aku akan 'pow' duit baki. Biasanya aku akan beli ais krim potong perisa kacang merah atau gula-gula telur. Saiz gula-gula telur ni sebesar telur puyuh. Manis tapi ciput.


Seingat aku, sekarang sudah tidak dijual lagi di kedai-kedai. Cuma baru-baru ni aku terjumpa gula-gula telur di akhbar utama beberapa hari sebelum pilihanraya.


"UTUSAN MALAYSIA 03/03/2008 - Harga telur turun
KUALA LUMPUR 3 Mac – Harga telur turun antara satu hingga dua setengah sen berkuat kuasa hari ini.


Menurut kenyataan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, harga telur gred AA kini dijual pada harga 28.5 sen berbanding 30 sen sebelum ini, gred A 28 sen (29.5 sen), gred B 27.5 sen (29 sen), gred C 27 sen (28.5 sen), gred D 26.5 sen (28 sen) dan gred E 25.5 sen (27 sen).


Harga baru itu adalah berdasarkan permintaan pasaran dan bekalan, kata kenyataan itu. "


Komen aku, manis tapi ciput. Itu saja ke gula-gula untuk pilihanraya kali ini?

5 ulasan Jumaat, Februari 01, 2008

aku: "awak nak bawak tak kamera pergi Brunei?"


mulan: "nak! nak!"


aku: "tapi kamera keciklah"


mulan: "ala nak kamera besar"


aku: "ish"


mulan: "oh awak lagi risaukan kamera tu dari i ek?"


aku: "bukan. abang risaukan awak... rosakkan kamera abang!"


mulan: "jahat!"


isteri aku akan ke Brunei minggu depan. ada sesiapa nak ajak aku pergi parti?

6 ulasan Ahad, Januari 20, 2008

'sekarang saya sudah ada Nikon D80'
'saya kena tukar saya punya jalan....'


[saya kena tukar saya punya jalan versi 2005]

9 ulasan Sabtu, Januari 12, 2008

kalau kau sedang merangka-rangka, ada memasang angan-angan hendak mula berniaga pada tahun 2008. aku cadangkan bisnes gula, tepung, minyak dan cctv.


utusan:
Padang permainan pasang CCTV
Pasang CCTV langkah cegah jenayah
berita harian:
Dana RM75j pasang CCTV dilulus
Kajian kenal pasti lokasi pasang CCTV
the star:
MB wants more CCTVs for JB

3 ulasan Selasa, Januari 08, 2008

aku amat berharap, satu hari nanti akan dicipta oleh manusia yang bijak pandai akan satu bahan yang kalis api, kalis conteng, kalis pelekat iklan ah long dan kalis gam kunyah agar bahan itu boleh digunakan untuk membina pondok telefon dan hentian bas di seluruh negara.



moga pondok telefon dan hentian bas selepas itu akan kelihatan cantik berseri-seri.



selepas itu aku akan berharap untuk tandas awam pula.

6 ulasan Jumaat, Januari 04, 2008

Kelmarin kami beramai-ramai duduk di meja bulat, makan. Kawan aku, siJamil yang kami gelar "siPenglipur Lara" memulakan bicara, "Perlakuan tubuh badan yang paling nikmat selepas seks ialah berak tahik buang air besar."


Mata budak-budak muda mula terjegil. Menaruh minat pada topik Jamil. Dia mengemam bibir sebelum menyambung, "Selagi kau tak 'selesaikan', kau tak akan puas."



"Sebab itu ramai orang sekarang 'buat tahik' ya bang? Sebab nikmat!". Ada suara menyampuk dari belakang.



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.