8 ulasan Khamis, Mac 27, 2008

“Ish! Spender abang ni menjerut-jerutlah. Rasa berbekas getah kat pinggang.” Aku menyeluk ke dalam seluar menggaru-garu. Jari merasa kulit pada pinggang berbelak-belak.


“Itu tandanya apa?” Mulan berkias.


“Itu tandanya spender ni kecil.” Aku jawab bersahaja. Mata pada jalanraya.


“Bukan sebab pinggang abang tu makin besar ke?”


Walaupun mata memandang ke jalanraya, aku dapat rasakan cebikan Mulan pada bentuk badanku yang semakin ‘menarik’.


“Esok kita pergi beli spender baru ya!” Aku menyambung bicara yang belum sudah.

95 ulasan Khamis, Mac 13, 2008

"Harga Naik Tak Halang Rakyat Terus Tuang Petrol" - Kosmo 13 Mac 2008.


tajuk berita muka surat tiga di Kosmo hari ini buat aku rasa mual. kononnya walaupun harga minyak tinggi, permintaan di pasaran masih sama. kononnya lagi rakyat sudah terbiasa dengan harga yang tinggi.


hallo tuan! kalau harga petrol naik sepuluh kali ganda pun, rakyat TERPAKSA tuang petrol. lainlah kalau kereta kami boleh bergerak dengan tuang air sahaja.


tak faham-faham hand sign yang rakyat kasi baru-baru ini? nak hand sign yang sama empat tahun lagi ke?

0 ulasan Jumaat, Mac 07, 2008

"bang kontraktor! takkan dapat bajet untuk turap jalan je? bajet untuk buat garisan putih tengah jalan tak dapat lagi ke?"

0 ulasan Isnin, Mac 03, 2008

Masa kecil dulu bila mak suruh aku ke kedai, aku akan 'pow' duit baki. Biasanya aku akan beli ais krim potong perisa kacang merah atau gula-gula telur. Saiz gula-gula telur ni sebesar telur puyuh. Manis tapi ciput.


Seingat aku, sekarang sudah tidak dijual lagi di kedai-kedai. Cuma baru-baru ni aku terjumpa gula-gula telur di akhbar utama beberapa hari sebelum pilihanraya.


"UTUSAN MALAYSIA 03/03/2008 - Harga telur turun
KUALA LUMPUR 3 Mac – Harga telur turun antara satu hingga dua setengah sen berkuat kuasa hari ini.


Menurut kenyataan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, harga telur gred AA kini dijual pada harga 28.5 sen berbanding 30 sen sebelum ini, gred A 28 sen (29.5 sen), gred B 27.5 sen (29 sen), gred C 27 sen (28.5 sen), gred D 26.5 sen (28 sen) dan gred E 25.5 sen (27 sen).


Harga baru itu adalah berdasarkan permintaan pasaran dan bekalan, kata kenyataan itu. "


Komen aku, manis tapi ciput. Itu saja ke gula-gula untuk pilihanraya kali ini?



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.