4 ulasan Khamis, April 10, 2008

Aku hampir bawa laju-laju tapi lampu trafik berhentikan kereta aku ketika aku hampir ternampak kawan sekolah yang lama tak bersua, sekarang ini hampir jadi pemimpin belia islam di Malaysia.


Aku pula hampir jadi pembunuh.
Aku hampir jadi pembunuh untuk satu hari.


Hampir lima belas tahun dulu dia nak jadi penasihat undang-undang, sudah mencapai cita malah kini banyak wang. Aku hampir diketawakan nak jadi angkasawan, hanya mampu melihat brader Sheikh menggapai awan.


Aku pula hampir jadi pembunuh.
Aku hampir jadi pembunuh untuk satu hari.


Aku hampir lambat ke mesyuarat, bawa kereta laju-laju bila kereta depan hampir brek mengejut. Hampir separuh ayat keluar dari mulut aku carut-carut, aku hampir hilang sabar lekas-lekas belok ke kanan dan hampir ujudkan satu pembunuhan.


Aku hampir jadi pembunuh untuk satu hari.
Aku hampir jadi pembunuh kucing.
Melintas jalan tak tengok kiri, tak tengok kanan, tak tengok kiri kembali.

7 ulasan Rabu, April 09, 2008

Arakian dinyatakan dalam dongeng orang-orang dulu, terdapat sebuah Negeri Katak yang terletak di hujung dunia. Adapun menurut undang-undang Negeri Katak, barangsiapa yang melontar suara paling kuat, melaung paling merdu dan menari paling hebat, layak dijadikan Raja Katak.



Suatu hari, seekor Raja Katak yang baru telah dinaikkan ke takhta. Suara dia paling kuat melontar. Suara dia melaung paling merdu. Tari dia paling asyik.



Hari itu, hari pertama Raja Katak berucap, kata "Ong!"

Ketua-ketua kampung Katak sahut kata "Ong!"

Rakyat-rakyat Katak turut bicara "Ong!"



Sebulan, Ong!.

Enam bulan, Ong!.

Setahun, Ong!.

Lama-kelamaan, rakyat negeri katak jadi bosan kerana dok diulang-ulang lagu yang sama. Lalu mereka sepakat berjumpa Raja Katak.



"Tahun ini kita nyanyi lagu Kalis Rindu boleh?"



Raja Katak jawab, "Ong!"

4 ulasan Sabtu, April 05, 2008

Aku periksa saman secara online. Biji mata aku hampir terkeluar dari soket memandang skrin komputer. Ada satu saman pada dua puluh haribulan tiga. Kesalahan memandu melebihi had laju di lebuhraya berhampiran Kinta, Perak.


Azam dua kosong-kosong lapan aku terbang bersama tiga ratus ringgit. Awek yang aku ngorat sepuluh tahun lalu di Benteng tepi Dataran Merdeka mula bising-bising.



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.