12 ulasan Sabtu, Mei 24, 2008

Beberapa minggu lalu, tiga belas orang geng jurnal buat aktiviti 'party-party' di William - gerai haram tepi jalan di Kelana Jaya. Antara minuman yang popular di gerai tersebut ialah ribena longan gelas bagak.


"Eh! Aku tak boleh minum ribena. Elergik!" aku menggaru-garu tekak.


"Ribena kan blackcurrent, bukannya anggur." Mulan, awek yang aku ngorat sepuluh tahun lalu di Benteng tepi Dataran Merdeka mencebik membetulkan fakta.


"Kau elergik anggur ke OP?" tanya Cik Daun. Dahinya berkerut.


"Ha'ah. Kalau aku makan anggur, kerongkong aku sakit, tekak gagal-gatal. Makan minggu jugak baru baik."


"Pertama kali aku dengar orang elergik dengan anggur."


"Ada hikmahnya aku elergik anggur ni. Jadi aku tak bolehlah nak minum wine"


"Macamlah kalau kau tak elergik dengan anggur, kau boleh minum wine tu kan?" cebik Cik Daun. Beberapa lagi teman yang mengelilingi meja makan di gerai haram tepi jalan itu ikut mencebik.

10 ulasan Sabtu, Mei 17, 2008

Baru-baru ini anak-anak buah Mulan, Ayu dan Itin dari Johor bertandang ke rumah. Lazimnya mereka akan menaiki Jintu kami jika keluar berjalan ke mana-mana di KL manakala mak dan ayah mereka di kereta yang satu lagi.

Telinga aku menangkap bual bicara mereka dua beradik di tempat duduk belakang. Mata mengintai mereka melalui cermin pandang belakang.


"Adik, adik tau tak nama betul Pak Long? Akak tau!", Ayu berkata kepada Itin sejurus menaiki Jintu.


"Owh ye ke? Ayu tau ke? Kalau tau cuba beritahu adik," aku menyampuk perbualan mereka.


Ayu mendekatkan muka pada telinga Itin.


(Nama Pak Long HENSEM). Ayu berbisik kuat.


"Hihihihi" Itin tergelak kecil. Macam si kecil berumur 4 tahun ini tahu maksud perkataan handsome.


"Ha adik! Dah tau dah Pak Long?" Aku mengangkat kening.


"HENSEM!" Itin menjawab pantas.


"Antara Ayah dengan Pak Long siapa lagi hensem?" Aku mahu menduga si kecil.


"Pak Long!"
Derai tawa kami memenuhi Jintu.

0 ulasan Jumaat, Mei 16, 2008

Jam 3 petang tadi, ramai yang berpusu-pusu keluar dari pejabat (dengan alasan) bermesyuarat di kedai-kedai mamak yang ada TV besar. Mesyuarat dibincangkan dengan hangat disusuli suara-suara lantang "Yah! Oh! Yea! Agh!". Kedengaran juga hentakan-hentakan kecil di atas meja. Bisnes yang dibincangkan ialah Separuh Akhir Piala Thomas.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6:30 petang selepas Hafiz tewas kepada Chen Jin.



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.