15 ulasan Rabu, Julai 30, 2008

Semalam di Stadium Shah Alam, aku nampak terlalu ramai Ballack, Terry dan Lampard. Mereka semua memakai baju biru, berkulit kuning langsat dan duduk di bangku penonton.

24 ulasan Jumaat, Julai 25, 2008

Aku berpendapat, aku bukanlah seorang jiran yang baik. Dan jiran-jiran aku pun bukanlah jiran yang baik juga.


Mana kan tidak, hampir 3 tahun aku tinggal di apartment tersebut, aku hanya tahu nama jiran di sebelah rumah saja - Bala dan Poly serta anak-anak mereka, Adrian dan Adam yang sering menggegar pintu gril rumah memanggil 'Uncle Zam!'. Untuk rekod, nama aku bukan Zam. Mungkin di awal pertemuan dulu mereka tersalah dengar nama aku.


Di aras sama, terdapat 6 buah rumah yang lain. Seorang dari mereka aku gelar 'Brader Speky', seorang aku panggil 'Uncle' dan seorang lagi 'Peeping Tom' lantaran dia selalu ada di tingkap dapur membasuh entah apa, hampir setiap kali waktu kami pulang dari kerja. Rumah yang lain jarang-jarang berpenghuni (istana hinggap mungkin).


Setiap pagi apabila melangkah keluar untuk ke kereta, kebiasaannya aku dan Mulan akan bertembung dengan 'brader Dutch Lady', 'Auntie Aerobik', 'Sister Jaguar', 'Amoi Jog' dan 'Gay Metropolitan'. Tak lupa 'Ane Car Wash' dan wanita-wanita indonesia yang dikerah membasuh kereta majikan mereka jam 6 pagi - setiap hari! Di sebelah petang pula, kami bertembung dengan 'Brader MAS', 'Kakak KLH', 'Uncle Kedai' dan 'Pinky' - supervisor 'jaga' di sini.


Walaupun tidak saling mengenali, lantaran sering bertemu setiap hari kami saling melemparkan senyuman sambil mengangkat tangan berkata 'Hi!' atau 'Morning!'.


Perkataan yang sering kami ulang-ulangkan selama tiga tahun ini.

18 ulasan Isnin, Julai 21, 2008

Dalam kesesakkan lalu-lintas, Mulan membuka bicara menghilangkan kebosanan.


"Banggggg (nada manja). Agak-agak kalau I hilang, abang cari tak?"


"Awak hilang pergi mana?"


"Hilang pergi menyorok. Merajuk ke."


"Ohhhh menyorok. Merajuk."


"Abang cari tak?"


"Cari...."


"Macam tak ikhlas je jawapan. Abang cari apa?"


"Cari lain lah!"


*dusyum*

17 ulasan Selasa, Julai 15, 2008

Engkau sudah lah bertampal 'P',
Bawak kereta laju gila babi,
Kalau betul kau nak mati,
Pergilah mati sendiri-sendiri,
Jangan bawak orang lain sekali.


ps: pantun lima kerat ini direka atas rasa tidak puas hati aku pada sebuah kereta volvo yang dibawa oleh seorang anak muda secara berbahaya dengan mencilok kiri dan kanan macam dia seorang saja yang nak masuk kerja pagi semalam. aku pun nak pergi kerja jugak!

12 ulasan Isnin, Julai 14, 2008

Kebiasaannya, aku akan "shhhhh" pada orang yang suka bercakap dalam panggung wayang.


Jika suara dia masih belum lenyap dari kuping telinga, aku akan jerit, "Oi diamlah! Nak borak pergi luar!".


Jari-jemari Mulan akan memberikan gigitan mesra pada bahu aku selepas itu.

7 ulasan Sabtu, Julai 12, 2008

kita sempurna, seadanya.

480 ulasan Rabu, Julai 09, 2008

Orang dah beri peluang, buatlah kerja betul-betul. Sudah-sudahlah dengan ceramah, berkumpul, ceramah, berkumpul. Pok sana. Pek sini. Nanti lu pun kena "hand sign" baru padan sama muka lu.

10 ulasan Isnin, Julai 07, 2008

"Owh! Terbeliak mata awak tengok awek baju pink ya!"


"Ish! Awak ni. Ada ke situ pulak. Kan dia lalu depan abang, bukannya abang yang tengok dia."


"Alasan!" *dusyum*


Rentetan kisah awek baju pink ini bermula pada tahun lepas. Ketika itu aku, Mulan dan rakan-rakan Geng Jurnal yang lain makan malam nasi pakapau di sekitar UM. Nak dijadikan cerita, aku ternampak salah seorang pelayan gerai yang berbaju pink sedang terbongkok-bongkok di tepi longkang, aku mengangkat kepala cuba mengamati perbuatannya. Sebetulnya aku curiga dengan perlakuan ditepi longkang itu. Aku dicubit Mulan. "Kenapa awak intai-intai awek baju pink tu? Berminat ke?". Aku memaling kepala memandang ke depan pula. Malangnya serentak dengan itu dua pelajar UM berbaju pink pula lalu di jalan tersebut. "Tengok tu! Pantang nampak awek baju pink, semuanya nak ditengok!" usikan Mulan disambut gelak tawa kawan-kawan semeja.


Sejak itu, aku selalu ditegur Mulan jika sengaja terpandang awek berbaju pink. Kadangkala aku keliru samada ia usikan, teguran atau amaran. Mungkin kombinasi ketiga-tiganya.


Jadi kepada semua awek-awek berbaju pink di Malaya. Maaf jika aku berpaling muka di hadapan kalian. Bukan salah kamu. Bukan kamu tidak cantik. Bukan juga kamu tidak comel. Semuanya salah baju pink yang kalian pakai saja.

13 ulasan Selasa, Julai 01, 2008

Aku perhatikan orang perempuan tak habis-habis bertukar kasut. Hampir saban bulan, termasuklah isteri aku - Mulan. Aku tak salahkan mereka. Kasut yang sama dipakai hari-hari memang mudah rosak.


Petang tadi Mulan mengajak ke Sunway Pyramid, nak beli kasut baru katanya.


"Kasut lagi? Bukan hari tu baru beli ke?" aku membebel.


"Ya. Tapi dah rosak."


"Awak pakai sepasang kasut biasanya tahan berapa lama?"


"Hmm dalam 3 bulan."


"Kalau sepasang kasut, awak pakai hari-hari boleh tahan 3 bulan, apa kata awak beli 5 pasang? Setiap hari awak pergi kerja, pakai kasut yang berlainan. Mesti boleh tahan 15 bulan!"


"Wah! Terelnya awak mengira ya? Sejak bila pandai matematik ni?" Mulan mencebik.


"Ceh! Ke situ pulak dia!"


"Tapikan, boleh aja. Kalau awak yang bayar 5 pasang tu!"


Huh. Padan muka aku.



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.