13 ulasan Ahad, Ogos 31, 2008


terima kasih tun mahathir
aku hasil aspirasi mu dua puluh dua tahun
aku melayu
aku tidak lupa
merdeka!



selamat menyambut hari merdeka
selamat berpuasa buat semua.

31 ulasan Khamis, Ogos 14, 2008

Ada yang tanya, kenapa 8083?


Menurut kepercayaan orang Cina, sesetengah nombor membawa tuah. Mereka percaya nombor 8 dan 3 bermaksud hidup dilimpahi kekayaan. Tetapi nombor 8 pada bangsa India pula, lambang kematian. Dalam sains, jadual konfigurasi atom ke 8 ialah oksigen, unsur penting dalam kehidupan. Konfigurasi atom ke 3 pula lithium. Unsur logam paling ringan, sangat aktif terhadap air dan udara. Gabungan keduanya membawa kepada kepercayaan kehidupan yang aktif.


Menyakini sesuatu angka membawa tuah dan nasib yang baik menurut ajaran Islam, satu kepercayaan salah dan bertentangan dengan aqidah dalam syariah serta akhlak Islam. Daripada Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak. (Riwayat Muslim)". Kepercayaan Melayu pula? Seperti bangsa-bangsa lain di planet yang terletak kira-kira 150 juta km dari matahari ini, orang Melayu juga dimomokkan pelbagai kepercayaan orang dulu-dulu.


Seingat aku, dad mula pakai plat 8083 untuk kereta proton saga versi pertama (proton kotak) sekitar tahun 80an. Ketika disuruh pegawai JPJ untuk memilih antara dua nombor yang dipaparkan di komputer, lekas-lekas dia memilih 8083. Kebetulan pula ia hampir sama dengan nombor kad pengenalan mom. Sejak itu, semua keretanya kekal bernombor 8083.


Kami sekadar menumpang nombor sama kerana seronok melihat nombor plat kereta kami sedodon. Itu saja.


nota: entri ini mengandungi ciri-ciri sains, islamik, tahyul dan pop. wow.

18 ulasan Selasa, Ogos 12, 2008

Sejak harga minyak naik lagi dan lagi dan lagi, orang ramai berlumba-lumba beli kereta bersaiz kecil atau nama lainnya kereta kompak. Konon mahu jimat petrol. Kerana tidak mahu dicop ketinggalan zaman atau kolot, aku turutkan trend semasa muda-mudi ini.


Dalam beberapa hari lagi Jintu akan dapat adik kecil, Jet3. Warna juga hitam dan bernombor 8083 seperti abangnya. Kereta kompak muda-mudi untuk Mulan ke pejabat dan untuk balik kampung bila dia merajuk dengan aku.

23 ulasan Rabu, Ogos 06, 2008

Petang Jumaat lalu, Sol-jah sepakat mahu mengemas rumah PENA untuk MASKARA. Aku dan Jigo antara yang tiba awal. Kami lepak dalam kereta Jigo untuk mengelak aedes aegypti yang biasanya rakus petang-petang senja begitu.


Aku : "Dude, kereta kau ni dah berapa tahun?"


Jigo: "Dah 4 tahun."


Aku: "Loan?"


Jigo: "7 tahun."


Aku: "2 tahun lagi habis lah kan? Jangan jual. Simpan jadi harta pusaka."


Jigo: "Memanglah. Ini kereta kesayangan aku. Kancil ni keluar sehari sebelum nikah. Jadi roadtax selisih 1 hari dengan anniversary aku. Banyak sentimental value!"


Aku membelek-belek cockpit kancil: "Apasal mileage indicator kau ni, angka-angka nampak separuh je dude? Macammana nak tahu dah berapa kilometer kau jalan?"


Jigo mengetuk-ngetuk mileage indicator: "Indicator aku ni display penuh bila ada matahari je. Kalau gelap-gelap, display keluar separuh! Kau tahu kenapa tak?"


Aku: "Bila ada matahari? Gelap tak keluar? Hebat. Kancil kau pakai kuasa solar!"


Jigo: "Lahanat lu! Keluar! Keluar!"

14 ulasan Selasa, Ogos 05, 2008

Pada tahun 1977, saintis US telah mencipta sejenis gold disk mengandungi maklumat penduduk bumi dan koordinat bumi di galaksi bimasakti ini ke dalam kapal angkasa Voyager. Kononnya untuk berhubung dengan kehidupan lain di luar bumi.


Jika hari ini, atau esok, atau lusa, atau tulat, atau ketika aku sedang asyik mencangkung di dalam bilik air, tiba-tiba aliens datang berduyun-duyun menyerang bumi, kita berhak menunjukkan jari telunjuk atau mungkin jari tengah kepada mereka-mereka ini. Mereka mendedahkan kedudukan kita.



Aku syak mereka kini sibuk meneroka Marikh sebagai satu 'escape plan' sekiranya bumi diserang gara-gara gold disk mereka itu. Kita nak lari mana?

16 ulasan Ahad, Ogos 03, 2008

Tahun itu minyak naik lagi. Kami jarang berbalas SMS kecuali sekali pada waktu pagi, tengahari dan petang. Berjimat kononnya.

Aku dan Mulan berhubungan melalui email pada satu hari yang mendung.


Aku: "Sabtu minggu ni, kita pergi kenduri Uncle Husin tau. Dia dah pesan dari 2 bulan lepas."



Mulan: "Kata nak balik kampung? Tiba-tiba Meet Uncle Husin pulak?"



Aku: "Lepas Meet Uncle Husin dan makan kenduri, tengahari kita Meet Mama Zakiah pulak!"



Mulan: "Heeeeeeeeeeeeeee! Ejek mak orang!"



Aku: "Eleh, awak ejek uncle orang dulu. Minggu depan kita Meet Daddy Zaharin pulak ya?"



Mulan: "Heeeeeeeeeeeeeee! Ejek bapak sendiri!"



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.