13 ulasan Jumaat, Oktober 24, 2008

Akan tiba satu hari
Minyak kontang
Arang batu hilang bekas
Tiada apa untuk di korek, di sedut, di robek
Dari perut bumi


Bila hari itu tiba
Kereta kebal, jet pejuang, kapal perang, roket
Tersadai kaku

Mungkinkah kemudian manusia akan henti berperang?

16 ulasan Selasa, Oktober 07, 2008

Lagi-lagi lebuhraya sesak. Alasan yang dimomokkan, pengguna jalan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan dan tidak merancang perjalanan dengan betul.


Aku tak nampak jadual perjalanan dicetak dalam surat khabar yang aku baca, menjelang hari raya juga selepas hari raya. (Kawan aku cakap ada dicetak sebelum raya). Kalau ia dicetak besar dan dipaparkan hari-hari bermula dua hari sebelum hari raya selama seminggu, sedikit sebanyak mungkin orang ramai akan perasan. Kalau ada 'flyers' diberikan semasa kereta keluar dari Kuala Lumpur, juga dapat membantu. Maklumlah manusia memang perlu diingatkan selalu.


Mungkin aku tersalah beli surat khabar. Mungkin juga ia dicetak pada hari yang aku tak beli sebarang surat khabar. Atau mungkin ia dicetak cuma aku buat endah tak endah kerana tak jadi balik kampung.


Nasib baik aku tak balik. Antara ratusan ribu kenderaan dari selatan itu mungkin ada Jintu aku.


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami berdua :)



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.