11 ulasan Ahad, November 23, 2008

Parah memandu di kotaraya kebelakangan ini. Aku terpaksa bawa jintu menari. Kejap-kejap ke kiri. Kejap-kejap ke kanan. Kadangkala kami bergelek sakan. Mengelak sekecil-kecil lubang hinggalah ke garis dalam yang melintas selebar jalan.


Aku rasa aku terpaksa bertahan untuk jangkamasa 4 tahun lagi. Kalau bernasib baik, mungkin tayar aku tak pecah SEKALI LAGI. Mungkin juga nanti aku dapat jalan yang di tar sebanyak 2 layer. Satu lapisan dari parti cap X, satu lagi dari parti cap Y.


Oh ya. Jangan lupa letak papan tanda. Nanti aku tak tahu projek siapa.

16 ulasan Sabtu, November 08, 2008

manis gula-gula cinta

makin berkurang

seusai masa

jika kau isap, kulum, hirup

rakus-rakusan

15 ulasan Ahad, November 02, 2008

Ada seorang pelanggan syarikat kata, aku patut masuk politik.



Aku beliakkan mata. Aku geleng kepala.



Seperti skrip yang biasa didengar dalam drama-drama 'Spektra' dan 'Cerekerama', kau boleh jangka dia bertanya, 'Kenapa?'



Aku geleng kepala lagi. Merenung kosong ke depan.



Masa yang aku ada sudah penuh. Tak ada ruang lagi untuk penduduk dalam DUN dan Parlimen atau fasal pencalonan cawangan dan bahagian atau untuk jemputan majlis dan perasmian apatah lagi untuk agenda-agenda pucuk pimpinan.



Hal-hal 'domestik' pun sudah memadatkan masa yang ada.

"Bang! Bila abang nak bersihkan bilik air?"
"Bang! Tolong belikan garam . Dah habis!"

"Baaaaaaaaaaaang...........!"



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.