7 ulasan Selasa, November 17, 2009

SMS dari Sinaganaga: 'Jemputan makan malam majlis perasmian penyair nusantara di DBP pada 20 Nov, 8 malam. Semua Sol-jah dijemput hadir.'


SMS aku kepada Sinaganaga: 'Kod pakaian?'


SMS dari Sinaganaga: 'Nombor 3. Pakaian penyair!'


Baju tshirt ada gambar toyol pegang senapang di dada boleh dikira pakaian penyair tak?

4 ulasan Sabtu, November 14, 2009

dah seminggu Mulan tunggu hari Sabtu tiba. hari dia keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan wanitanya. soping, tengok wayang, makan-makan.


aku mati kutu. tak tahu nak pergi mana. 'mans day out' aku lama lagi. bulan disember nanti.

4 ulasan Sabtu, Oktober 17, 2009

Hari raya tinggal sehari-dua lagi.


Yang paling aku akan rindukan selepas perginya bulan syawal ini ialah lontong serta kuah masak lodeh mak dan isteri aku, rendang daging mak aku dan tak lupa rendang ayam tua mak mertua aku.

5 ulasan Jumaat, September 25, 2009

Dalam kereta sengaja aku simpan sehelai ketayap, sehelai sejadah dan sebuah kitab surah Yassin.

Ketayap itu aku beli dengan harga sepuluh ringgit di satu Jumaat berhampiran Masjid Abu Bakar, Damansara tahun lepas. Sejadah itu diberi percuma semasa aku beli baju batik di Jalan T.A.R. manakala kitab surah Yassin berserta doa-doa harian merupakan hadiah perkahwinan daripada pasangan pengantin di Hulu Langat.


Niatnya, jika ada kematian aku sudah bersedia dengan ketayap dan kitab Yassin. Niatnya lagi, jika aku lewat untuk solat Jumaat, aku sudah bersedia dengan ketayap dan sejadah, mana tahu jika aku perlu sembayang di atas jalan kerana ruang masjid sudah penuh.


Sayangnya ketayap itu aku baru pakai cuma empat kali. Dua kali di kematian saudara dan dua kali untuk solat Jumaat di masjid. Bukanlah aku jarang ke masjid, cuma aku sering lupa pada ketayap yang tersimpan di dashboard kereta.

2 ulasan Khamis, September 17, 2009

Duduk di rumah merpati yang 95% penghuninya bukan orang Islam bukan bermakna aku bebas masak lauk makan tengahari di bulan Ramadhan. Cuma aku yang tak pandai nak masak apa-apa.


Bulan puasa dan sambutan Aidilfitri di sini tak semeriah Tahun Baru Cina. Adalah dua-tiga rumah yang pasang lampu 'lip-lap' di beranda. Satu perkara yang aku tak dapat buat ialah bertukar juadah berbuka puasa. Bukannya tak ada orang Melayu, cuma aku tak tahu mana satu rumah mereka. Jika bertembung dalam lif, kami sekadar senyum dan angguk kepala. Lumrah duduk di rumah merpati berbelas tingkat.


Di tingkat aku, terdapat 7 buah rumah yang lain. Kesemuanya bangsa Cina. Nasiblah jiran aku perihatin dengan budaya bertukar juadah buka. Mungkin dia pernah baca di mana-mana.


Baru-baru ini dia ketuk pintu pagarku pada jam sepuluh pagi sambil hulur goreng pisang panas-panas. Untuk berbuka katanya.

3 ulasan Isnin, September 07, 2009

Tahun ini sudah masuk bulan sembilan. Baru dua kali aku berbual dengan 'Uncle Topi'. Itupun kerana berselisih di dalam lif rumah merpati 16 tingkat ini.

'Pergi pasar ke uncle?'
'Ya!'

Dan kami ke kereta masing-masing.

8 ulasan Sabtu, Ogos 01, 2009

Kalau semua demonstrasi ada warna baju masing-masing, jadi warna baju apa yang tinggal untuk kami-kami yang tak mahu masuk campur ini?

4 ulasan Selasa, Julai 21, 2009

Aku lupa aku ada blog rupanya.

8 ulasan Ahad, Jun 21, 2009

Anak sulung jiran di sebelah rumah, Adrian ialah peminat setia aku. Itu ibu dia yang kata.





Setiap hari dia akan intai dari balkoni, melihat-lihat jika Jintu sudah ada di tempat letak kereta. Dia akan kasi laporan pada ibunya, Uncle Zam sudah balik (dalam bahasa cina tentunya). Bila terdengar kami buka pintu rumah, dia akan berlari ke pintu panggil 'Hi Uncle Zam, Auntie Leen'. Kemudian berlari semula ke dalam kemalu-maluan. Hobinya yang satu lagi ialah gegar gril pagar rumah aku.





Sekarang Adrian dah tak gegar gril pagar rumah aku lagi. Maklumlah dah besar. Tugasnya diambil alih oleh Adam, adiknya yang tengah petah nak belajar panggil aku, Uncle Jan!.

5 ulasan Khamis, Jun 11, 2009

Aku tak tahu samada ini pakatan kedai mamak seluruh dunia atau tidak. Tapi memang susah mamak nak kasi tisu sekali bila hantar air sama makanan. Nak kena mintak-mintak.


Hey mamak! Kau ingat lepas makan, lepas minum, kami nak lap mulut pakai baju ke?

8 ulasan Selasa, April 28, 2009

Aku tak berapa mahir tentang budaya barat. Melalui propaganda mereka yang aku tonton di tv, ibubapa di sana biasanya akan bacakan sebuah cerita untuk menidurkan anak mereka.


Kerana jarang benar mahu membuntuti budaya mereka, aku buat sebaliknya. Aku minta Itin baca satu buku dongeng kanak-kanak setiap malam, kemudian ceritakan semula pada aku dan Mulan.


Apalah sangat pemahaman budak enam tahun.


Cerita dalam buku dan versi yang keluar dari mulut becok Itin nampak seakan sama pada awal cerita tapi malam itu kisah 'Si Petani Dengan Ular' bertukar jadi kisah 'Si Serigala Lapar Balik Rumah Nak Makan' di penghujungnya. Yang penting dia sungguh bercerita.


Itin tidur dengan lena selepas itu. Aku, mata masih membulat.

6 ulasan Sabtu, April 25, 2009

-Kenapa kau suka gelak ha?


-Mana ada?


-Tu kau asik taip 'hehe'?


-Oh. 'Hehe' tu aku sengih. 'Haha' baru aku gelak.

4 ulasan Khamis, April 23, 2009

Dol rasa mata makin berat. Dol kuap dua-tiga kali. Dol angkat punggung dari sofa. Dol tutup tv. Dol tutup suis lampu. Dol matikan suis kipas. Dol melangkah longlai ke bilik. Dol kunci pintu. Dol takut kalau ada perompak masuk bilik dan suntut dia. Dol masih teruna. Dol pasang lampu bilik air. Dol basuh muka. Dol siram air pada kaki. Dol tutup lampu bilik air. Dol pasang suis kipas. Dol tepuk-tepuk tilam. Dol tarik selimut. Dol letak kepala atas bantal. Dol baca doa, 'dengan nama engkau wahai tuhan, aku hidup dan aku mati'. Dol tutup mata.

7 ulasan Isnin, April 20, 2009

Pesta buku datang lagi. Saban tahun kemeriahan pestanya tak pernah surut.


Aura pesta buku memang lain macam. Tak tahan tengok godaan buku-buku yang berlambak. Sedar-sedar poket dah kosong. Macam kena pukau.

10 ulasan Sabtu, Februari 28, 2009

Lepas penat main masak-masak, Itin belek kalendar atas meja. Dia ambil pensel dan sambung nombor pada kotak-kotak kosong untuk kalendar bulan Februari. Dua puluh sembilan, tiga puluh, tiga puluh satu, tiga puluh dua, tiga puluh tiga, tiga puluh empat dan tiga puluh lima.


Sebulan di tadika, Itin dah pandai mengira sampai nombor seratus. Tambah dan tolak juga.

8 ulasan Rabu, Februari 25, 2009

Bertahun-tahun hidup sebagai seorang suami, aku belajar makna kompromi. Ada benda yang kau minat, tapi isteri tak minat. Ada benda yang isteri suka, tapi kau tak suka. Untuk elak masam muka terlalu kerap, atau ia jadi parah dan bertukar kepada gaduh besar - sesetengah isu memerlukan satu pihak untuk bertolak-ansur.


Hari ini aku praktikkan skil kompromi tu.


Mulan tak suka pada gadjet baru aku - IFon3g. Pertama, tak ada MMS. Kedua, tak ada Video Call. 3g pada IFon cuma untuk 'faster data transfer', kononnya.


Tapi dia suka pada game-game percuma dalam IFon terutama FindIt! - cari beza antara dua gambar. Sayangnya, cuma ada 10 gambar dalam versi percuma.


Ketika bujang sementara tunggu untuk masuk ke panggung wayang, kami ke kedai arked bermain game ala FindIt. Ya, kami masih main game ala FindIt di arked tepi TGV Sunway Pyramid.


Untuk buat dia suka pada IFon, aku beli versi penuh game ini. Harap-harap dia suka. Jadi aku akan dapat kedua-duanya, senyuman cinta hati dan simpan gajet idaman.

9 ulasan Selasa, Februari 17, 2009

Kawasan taman perumahan di sini banyak hanjing liar. Bukan sikit.


Jika kau datang pagi-pagi kau akan nampak hanjing-hanjing ini keluar berkumpulan mencari makan. Jika kau datang tengahari kau akan nampak hanjing-hanjing ini tidur melata di tepi-tepi jalan. Jika kau singgah ke sini waktu petang kau akan nampak mereka ikut belakang pejalan kaki mengharapkan makanan. Hanjing-hanjing ini bukan tau kau orang Islam atau tak, dia cuma ikut kerana mahukan makanan atau mahu bergesel manja pada kaki kau. Jika kau jerit terkejut, ia akan menderam menunjukkan gigi kerana curiga kau akan memukul. Buat masa ini ia cuma menderam.


Aku percaya Majlis Bandar yang hebat ini ada jadual rondaan. Dan orang Majlis Bandar bukan tak pernah meronda taman ni. Kadang-kadang naik lori. Kadang-kadang naik van. Kadang-kadang naik Pajero. Takkan tak nampak hanjing-hanjing liar yang bersepah? Atau buat-buat tak nampak? Atau kami kena bayar duit cukai lebih banyak lagi untuk orang-orang Majlis Bandar nampak?


Atau nak tunggu bayar dengan darah orang kena cakar atau budak kecil kena gigit, baru kerja boleh gerak?

6 ulasan Isnin, Februari 02, 2009

Malam Baca Naskah Sindiket Sol-jah Dan Kawan-kawan Yang Kita Suka (MASKARA) kembali lagi tahun ini untuk edisi ke 13. Kalau kau minat seni dan sastera, kau patut cuba-cuba datang intai aktiviti ini. Masuk percuma tak kena bayar. Info lanjut di blog Sol-jah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

13 ulasan Khamis, Januari 15, 2009

Hari itu aku rasa seperti mahu mendemamkan diri dan tak perlu bangun sampai esok pagi. Tapi ubat yang aku makan pada malam sebelumnya entah apa yang dia buat sampai demam aku lari sejauh-jauhnya.


Pagi itu aku bangun, mandi dan pergi kerja seperti biasa.

11 ulasan Rabu, Januari 07, 2009

Hari ini hari ketiga Itin ke tadika. Pagi pukul 6:30 Itin sudah boleh bangun sendiri, capai tuala dan masuk ke bilik air.


Semalam bila ditanya Cikgu Siti kata, 'Dia amat bersemangat sekali.'


Harap-harap semangat Itin kekal ke hujung tahun. Kalau tak, parah nak kena cari tadika lain untuk dia.



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.