10 ulasan Sabtu, Februari 28, 2009

Lepas penat main masak-masak, Itin belek kalendar atas meja. Dia ambil pensel dan sambung nombor pada kotak-kotak kosong untuk kalendar bulan Februari. Dua puluh sembilan, tiga puluh, tiga puluh satu, tiga puluh dua, tiga puluh tiga, tiga puluh empat dan tiga puluh lima.


Sebulan di tadika, Itin dah pandai mengira sampai nombor seratus. Tambah dan tolak juga.

8 ulasan Rabu, Februari 25, 2009

Bertahun-tahun hidup sebagai seorang suami, aku belajar makna kompromi. Ada benda yang kau minat, tapi isteri tak minat. Ada benda yang isteri suka, tapi kau tak suka. Untuk elak masam muka terlalu kerap, atau ia jadi parah dan bertukar kepada gaduh besar - sesetengah isu memerlukan satu pihak untuk bertolak-ansur.


Hari ini aku praktikkan skil kompromi tu.


Mulan tak suka pada gadjet baru aku - IFon3g. Pertama, tak ada MMS. Kedua, tak ada Video Call. 3g pada IFon cuma untuk 'faster data transfer', kononnya.


Tapi dia suka pada game-game percuma dalam IFon terutama FindIt! - cari beza antara dua gambar. Sayangnya, cuma ada 10 gambar dalam versi percuma.


Ketika bujang sementara tunggu untuk masuk ke panggung wayang, kami ke kedai arked bermain game ala FindIt. Ya, kami masih main game ala FindIt di arked tepi TGV Sunway Pyramid.


Untuk buat dia suka pada IFon, aku beli versi penuh game ini. Harap-harap dia suka. Jadi aku akan dapat kedua-duanya, senyuman cinta hati dan simpan gajet idaman.

9 ulasan Selasa, Februari 17, 2009

Kawasan taman perumahan di sini banyak hanjing liar. Bukan sikit.


Jika kau datang pagi-pagi kau akan nampak hanjing-hanjing ini keluar berkumpulan mencari makan. Jika kau datang tengahari kau akan nampak hanjing-hanjing ini tidur melata di tepi-tepi jalan. Jika kau singgah ke sini waktu petang kau akan nampak mereka ikut belakang pejalan kaki mengharapkan makanan. Hanjing-hanjing ini bukan tau kau orang Islam atau tak, dia cuma ikut kerana mahukan makanan atau mahu bergesel manja pada kaki kau. Jika kau jerit terkejut, ia akan menderam menunjukkan gigi kerana curiga kau akan memukul. Buat masa ini ia cuma menderam.


Aku percaya Majlis Bandar yang hebat ini ada jadual rondaan. Dan orang Majlis Bandar bukan tak pernah meronda taman ni. Kadang-kadang naik lori. Kadang-kadang naik van. Kadang-kadang naik Pajero. Takkan tak nampak hanjing-hanjing liar yang bersepah? Atau buat-buat tak nampak? Atau kami kena bayar duit cukai lebih banyak lagi untuk orang-orang Majlis Bandar nampak?


Atau nak tunggu bayar dengan darah orang kena cakar atau budak kecil kena gigit, baru kerja boleh gerak?

6 ulasan Isnin, Februari 02, 2009

Malam Baca Naskah Sindiket Sol-jah Dan Kawan-kawan Yang Kita Suka (MASKARA) kembali lagi tahun ini untuk edisi ke 13. Kalau kau minat seni dan sastera, kau patut cuba-cuba datang intai aktiviti ini. Masuk percuma tak kena bayar. Info lanjut di blog Sol-jah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.