8 ulasan Selasa, April 28, 2009

Aku tak berapa mahir tentang budaya barat. Melalui propaganda mereka yang aku tonton di tv, ibubapa di sana biasanya akan bacakan sebuah cerita untuk menidurkan anak mereka.


Kerana jarang benar mahu membuntuti budaya mereka, aku buat sebaliknya. Aku minta Itin baca satu buku dongeng kanak-kanak setiap malam, kemudian ceritakan semula pada aku dan Mulan.


Apalah sangat pemahaman budak enam tahun.


Cerita dalam buku dan versi yang keluar dari mulut becok Itin nampak seakan sama pada awal cerita tapi malam itu kisah 'Si Petani Dengan Ular' bertukar jadi kisah 'Si Serigala Lapar Balik Rumah Nak Makan' di penghujungnya. Yang penting dia sungguh bercerita.


Itin tidur dengan lena selepas itu. Aku, mata masih membulat.

6 ulasan Sabtu, April 25, 2009

-Kenapa kau suka gelak ha?


-Mana ada?


-Tu kau asik taip 'hehe'?


-Oh. 'Hehe' tu aku sengih. 'Haha' baru aku gelak.

4 ulasan Khamis, April 23, 2009

Dol rasa mata makin berat. Dol kuap dua-tiga kali. Dol angkat punggung dari sofa. Dol tutup tv. Dol tutup suis lampu. Dol matikan suis kipas. Dol melangkah longlai ke bilik. Dol kunci pintu. Dol takut kalau ada perompak masuk bilik dan suntut dia. Dol masih teruna. Dol pasang lampu bilik air. Dol basuh muka. Dol siram air pada kaki. Dol tutup lampu bilik air. Dol pasang suis kipas. Dol tepuk-tepuk tilam. Dol tarik selimut. Dol letak kepala atas bantal. Dol baca doa, 'dengan nama engkau wahai tuhan, aku hidup dan aku mati'. Dol tutup mata.

7 ulasan Isnin, April 20, 2009

Pesta buku datang lagi. Saban tahun kemeriahan pestanya tak pernah surut.


Aura pesta buku memang lain macam. Tak tahan tengok godaan buku-buku yang berlambak. Sedar-sedar poket dah kosong. Macam kena pukau.



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.