Jumaat, September 25, 2009

Dalam kereta sengaja aku simpan sehelai ketayap, sehelai sejadah dan sebuah kitab surah Yassin.

Ketayap itu aku beli dengan harga sepuluh ringgit di satu Jumaat berhampiran Masjid Abu Bakar, Damansara tahun lepas. Sejadah itu diberi percuma semasa aku beli baju batik di Jalan T.A.R. manakala kitab surah Yassin berserta doa-doa harian merupakan hadiah perkahwinan daripada pasangan pengantin di Hulu Langat.


Niatnya, jika ada kematian aku sudah bersedia dengan ketayap dan kitab Yassin. Niatnya lagi, jika aku lewat untuk solat Jumaat, aku sudah bersedia dengan ketayap dan sejadah, mana tahu jika aku perlu sembayang di atas jalan kerana ruang masjid sudah penuh.


Sayangnya ketayap itu aku baru pakai cuma empat kali. Dua kali di kematian saudara dan dua kali untuk solat Jumaat di masjid. Bukanlah aku jarang ke masjid, cuma aku sering lupa pada ketayap yang tersimpan di dashboard kereta.

5 ulasan:

OP berkata...

hari ni lupa lagi nak pakai ketayap

ron97 berkata...

tanda tanda,,
hang dah tua.
sangat tua.. hahaha

MushroomCute berkata...

Mush ada sebiji songkok di cermin belakang kereta. Dan Mush tak pernah pon pakainya lagi...walau sekali...
Hehehehehe

CasanovaXXL berkata...

Good one... thanks for bringing up this matter...
baru sedar yang Pakcik pun sama.. huhuhu...

ayobkelubi berkata...

ini merupakan entri terpanjang pertama dlm blog ini pada tahun ini.

ini adalah ucapan terima kasih

Catat Ulasan



RM20 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
klik gambar untuk info.